Perkongsian Arwah Cikgu Abd Ghani Haron Yang Mengalami Dialisis
“..JANGANLAH ROSAK BUAH PINGGANG..”
Setiap hari Ahad,Selasa dan Khamis,saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro,menambat diri selama 4 jam dikerusi dialisis ditemani misi yg mengulang pertanyaan sekali sekala “Pak Cik ok ka?”Satu pertanyaan routine utk kepastian pesakit dailisis sprt saya tiada masalah.
Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yg melekat dilengan menelan semua nikmat hidup,aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup,tetapi itulah satu satunya jalan yg ada.
Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja,saya dan isteri memandu ke hospital.
Rasa takut sudah lama dihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yg ibarat berulang membeli kehidupan sehari dgn nilai tinggi RM 200.Jika tidak dibuat dialisis,insyaallah dlm seminggu berpindahlah jasad ini ke alam kubur.
Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak 3 kali seminggu. Yg sakit seorang,yg terseret,anak isteri kerana menghantar dan menjemput. Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.
Ambillah pengajaran,kawal pengambilan gula utk mengelak kencing manis yg merosakkan buah pinggang.
Kawal tekanan darah yg juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.
Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes utk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yg lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.
Kos rawatan yg amat tinggi (setahun rm32000) jika anda tidak dibayai kerajaan,perkeso atau insuran hayat.
Pada pembaca saya, ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dgn harga yg mahal sehari RM200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.
Anda menikmati hidup percuma,Tidak berbayar, tidak ditambat dikerusi,bangun pagi, lihat sinar mentari, berfikir untuk makan apa,buat apa yg di suka.
Kami bangun pagi makan kena pilih,banyak yg tidak boleh,air sekadar sebotol mineral kecil utk sehari,esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.
Manfaatkanlah waktu sihat dgn ibadat,jangan lupa,suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.
Kpd rakan dailisis,buat apa menyambung hidup jika hanya utk makan dan rehat shj,gunakanlah sehari yg dibeli dg harga yg mahal itu dg ibadat utk kembali kpd Allah.
Maafkan saya,kali ini menulis cerita diri.Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah ‘berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu berguna’.
Yg telah ada diabetes,high blood pressure,patuhilah nasihat doktor.
Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami,menjadi ujian yg berat kpd mereka dan saya melihat banyak anak yg gagal mengharunginya,membiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital,tidak ditemani semasa dailisis
~ ABD GHANI HARON
Ini Adalah 6 Tanda Awal Buah Pinggang Nak Rosak Dan Bila Sudah Rosak, Dialisis Itu Sudah Pasti
Kerap Kencing Pada Waktu Malam
Kencing Berdarah / Kencing kotor
Kencing Berbuih
Badan Lemah Dan Tidak Bertenaga
Bengkak Pada Kaki Dan Mata
Kulit Kering Dan Gatal-Gatal
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat. Bagaimana Teh Herba Kajian Saintifik Pakar Toksin Ini Boleh Bantu