Badan Rasa Segar Seharian Berpuasa, Ibadah Makin Fokus Dan Bertenaga Sehingga Berbuka

Amatlah PENTING untuk kita mengambil air yang MENCUKUPI sewaktu bulan puasa supaya kita tak dehidrasi.
Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan membuang toksin dalam badan.
Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan.
Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami dehidrasi.
Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari.
Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara-cara pengambilan air di bulan puasa bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas (250ml/gelas) sehari.
Rendam 2 uncang Triple-T dalam 2 liter air panas dan minum seperti berikut setelah sejuk:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Taraweh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
Selamat Berpuasa . Triple-t Anda Sudah Kehabisan STOK untuk Ramadhan tahun ini?. Klik Butang Di Bawah untuk kami hantarkan kepada anda.